| kEsediHan mElanda di jiWa |
Luka itu masih ada, sakit tu jangan ditanya lagi,kerana pedih nya sampai bila-bila masih terasa.
Tapi kenapa dihati kecil saya, saya masih mempercayai bahawa dia masih sayangkan saya. Instinct saya kuat mengatakan sedemikian. Tapi hati manusia, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sakit itu memang sakit. Tapi kenapa saya masih belum bleh melepaskan semuanya?Kenapa? Hati tidak terasa pedih seperti dulu.Tapi, kerinduan itu membuak-buak, hingga memaksa saya menghubungi dia beberapa kali. Pathetic sungguh perasaan itu. Saya tidak mampu menyemai benih benci itu, kerana setiap kali ingin disemai, setiap kali itulah kenangan manis mencantas anak benih yang baru bertunas. Jika ada galang gantinya, akan saya gantikan, kerana airmata ini, terus-terusan mengalir tanpa pernah tahu untuk berhenti. Mungkin kerana, airmata ini tidak pernah ke sekolah, kerana itulah bila saya suroh berhenti mengalir, ia seolah-olah pekak dan tidak mempedulikan keadaan sekeliling, walaupon di bilik yang ada ramai orang.
Sesungguhnya, saya masih dibelenggu perasaan patah hati itu.
Sakit. Sangat-sangat.
Tolong. Saya perlu untuk move on.
Kini, saya ,mencari-cari sebab kenapa saya harus teruskan hidup ini.
Tercari-cari rasa bahagia yang pernah hinggap di hati ini.
Kadang-kadang, seolah-olah memaksa diri untuk ketawa dan tersenyum.
Sakitnya bila pencarian itu masih belum berakhir dan masih mencari arah.
Saya terima dia seadanya, walaupun saya tahu antara kami ada perbezaan.
Saya sudah terbiasa dengan hidup senang dan dilimpahi dengan segala apa yang saya mahukan. Dengan dia, saya belajar terima kekurangan itu. Saya betul-betul yakin dia jujur dan ikhlas menyayangi saya. Tapi, ternyata semuanya meleset. Honest and true is not there.
Bersama dia, saya elakkan dari menimbulkan rasa curiga dan kurang senang di hatinya. Saya berhenti menghubungi semua kawan-kawan lelaki yang saya pernah kenal dan rapat, kerana saya tidak mahu dia mempunyai setitis pon rasa curiga itu. Apa-apa yang saya lakukan, saya beritahu dia. Saya sentiasa memberitahu dia bahawa, jangan risau, hati saya ada sentiasa bersamanya. Its liked I’m devoted myself towards him.
But, what I get in return? Kerana itu, sangat susah untuk saya melangkah pergi tanpa perlu menoleh lagi.
Macam mana mahu melangkah pergi, jika saya asyik tertoleh-toleh ke belakang? Seolah-olah mengharap sesuatu yang tak pasti. Sakit. Pedih. Dah tau tak pasti, kenapa mengharap lagi?Bisik hati kecil.
Saya perlu rasa itu.Rasa benci pada diri sendiri, dan seterusnya akan melangkah pergi tanpa perlu berfikir lagi. Tapi, susah.
Kenapa hati saya sangat lembut terhadap dia? Kemana hilangnya hati saya yang sangat keras itu?
Mungkin juga, hati yang keras itu telah menjadi serpihan-serpihan kecil, tapi sangat lembut rasanya.
Saya tidak dapat memberi peluang kepada sesiapa yang mendekati saya,kerana saya masih teringatkan dia.
Perasaan dan hati saya telah tiada. Dibawa pergi begitu sahaja. Dirampas dengan sangat kejam, tanpa saya buat persediaan. Syaitan berbisik pada saya ‘ kenapalah bukan kau yang curang, kan dah rugi,padan muka’
Tapi, walaupun dia curang dan khianati saya. Sayang itu tetap ada. Kenapa ya?Tolong jawab bagi pihak saya. Kerana jawapan itu tidak ada pada saya.
~luahan hati setiap wanita~

